Subscribe to updates

Duit Free

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji 2009






















Sebahagian dari aktiviti kami sekeluarga menyambut raya haji tahun ini. Tak banyak yang dapat dilakukan, ye lah jauh dari keluarga tapi kami cuba hidupkan juga suasana raya untuk anak anak.

Alhamdullillah, kami sekeluarga dapat menunaikan sembahyang raya di surau depan rumah (Al Ittifaq). Bersembahyang dalam keadaan yang sangat selesa kerana surau tersebut telah di sponsor oleh seorang hamba Allah dengan 4 unit aircond. Syukur juga kepada Allah swt kerana surau tersebut telah disahkan tarafnya oleh pihak JAIS. Insyaallah seawal tahun depan akan didirikan sebuah bangunan baru ( 2 tingkat ) untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dan juga mengadakan kelas bimbingan agama untuk penduduk sekitar. So, jika ada sesiapa yang berminat memberi sumbangan/ sedekah untuk pembinaan bangunan baru itu, amatlah di alu-alukan. Kepada pengguna talian maxis, tak perlu pening kepala lagi bila berada dikawasan perumahan ni, kerana bulan depan, sebuah tower pemancar akan didirikan didlm kawasan surau dan secara tak langsung akan memberi hasil kpd persatuan penduduk/surau.

Selepas sempurna menunaikan sembahyang raya, majlis makan pula diadakan (Pot Luck)..Seronok budak budak..Pas tu kami pergi ziarah Along Iqhram, kawasan kubur agak sempit kerana kawasan dah hampir penuh. tahun ini merupakan tahun ke 6 kami beraya tanpanya....Tak mengapa, Allah lebih menyayanginya dan Allah maha mengetahui dengan segala dugaan yang diberikan pada kitakan ? Walaupun tiada di mata, tapi Along Iqhram terus mekar hidup didalam hati kami sekeluarga dan kita semua.....(Al Fatihah)

Dengan kerjasama Persatuan Penduduk/Surau Al Ittifaq, hasil dari penyertaan penduduk, pada tahun ini telah berjaya melakukan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu. 2 ekor dah ditumbangkan hari ini walaupun tak ramai tenaga kerja yang hadir (balik raya) dan bakinya sebanyak 9 ekor akan dilakukan di Kemboja melalui kerjasama oleh pihak Jais. 2 wakil persatuan penduduk/surau akan diterbangkan ke Kemboja besok untuk menyempurnakannya. Tu lah pasal, kalau tengok gambar kat atas, Angah dan Yami sedang sibuk berkemas pakaian yang akan disedekahkan pada penduduk disana. Syukur, kami telah berjaya mengumpulkan 12 kotak besar pakaian.

Akhir kata, salam sayang salam rindu dari kami sekelurga buat semua. Jauh di mata tapi dekat di hati selalu....Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Majlis Doa Selamat 2009 (SPM)







Setelah selesai dengan majlis Anugerah Cemerlang Kakak Adik, sebelah malamnya kami mengadakan pula majlis doa selamat di rumak Kak Nita untuk Kiki, Naqi dan rakan rakan yang mengambil SPM pd tahun ini. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan ramai parents yang hadir untuk sama sama membaca Yassin dan mendoakan kejayaan mereka semua. Semoga Allah swt memberkati majlis tersebut...Amin

rgds.Pak Ngah

Anugerah Cemerlang 2009








Hari terakhir sesi persekolahan 2009 telah diadakan majlis Anugerah Cemerlang utk SK Wangsa Maju Zon R10 termasuk pelajar yang mendapat 5A didalam UPSR. Setakat ini, keputusan UPSR masih belum dapat mengatasi batch Yami (2007) dimana pd tahun tersebut seramai 38 pelajar telah mendapat 5A sedangkan tahun ini telah mencatat penurunan dan hanya 17 orang shj yg berjaya. Pada tahun 2007, SKWMZR10 merupakan tahun cemerlang kpd sekolah tersebut dimana banyak pencapaian telah dicapai dari segi akademik dan juga sukan. Pasukan Hoki sekolah merupakan anak emas kpd pihak sekolah kerana banyak menjadi Johan dalam setiap penyertaan. Yami salah seorang daripadanya.

Berbalik kpd cerita Kak Adik yang kami sekeluarga gelarkan "Perajin Makan dan Perajin Tidur" telah menerima 2 Anugerah Cemerlang ( Peningkatan Terbaik Dalam Kelas dan Keputusan Terbaik Subjek Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk seluruh kelas ).

Tahniah Adik, tahun depan kena belajar lebih kuat dan rajin lagi...Nanti boleh dapat result yg best ye...Luv U

rgds.Pak Ngah

Monday, November 16, 2009

Selamat Hari Raya Haji

Salam buat semua,

Mungkin agak awal, tapi dah tak sabar nak ucap pada semua orang. Bukan apa, sebab sedih dok leh balik raya haji ni. Nak kena jadi abah dan ibu mithali...Kiki SPM, so kena bagi moral support lah kat dia. Camne pun terima lah sajak yang penuh syahdu ini sebagai pengganti dari kami sekeluarga...eheeekkk....eheeekkk....eheeekkk

rgds.Pak Ngah and family



Sunday, November 1, 2009

Kiki Graduation Day











Graduation Kiki telah berlangsung di Dewan Teknik ERT (Ekonomi Rumahtangga Setapak) pd 30/10/2009. Cuma sebahagian shj gambar yg di upload memandangkan yg lain lain belum ada dlm simpanan. Payah jugak ye bersekolah di Aliran ERT ni, ramai sgt awek. Tu lah pasal Kiki macam tak reti nak ambik gambar dia sorang sorang. Tapi jgn salah sangka ye...yg berbaju dan bertudung purple tu cikgu dia...macam student gakkk...

Pasangan Ideal

Masa Dulu Dulu





Mane satu yg cute ????

Dua-dua cute lah...Ini gambar Angah (atas) dan Achik (bawah) masa kecil...

Jais Family





Cute nyeer gambar ni...