


















Sebahagian dari aktiviti kami sekeluarga menyambut raya haji tahun ini. Tak banyak yang dapat dilakukan, ye lah jauh dari keluarga tapi kami cuba hidupkan juga suasana raya untuk anak anak.
Alhamdullillah, kami sekeluarga dapat menunaikan sembahyang raya di surau depan rumah (Al Ittifaq). Bersembahyang dalam keadaan yang sangat selesa kerana surau tersebut telah di sponsor oleh seorang hamba Allah dengan 4 unit aircond. Syukur juga kepada Allah swt kerana surau tersebut telah disahkan tarafnya oleh pihak JAIS. Insyaallah seawal tahun depan akan didirikan sebuah bangunan baru ( 2 tingkat ) untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dan juga mengadakan kelas bimbingan agama untuk penduduk sekitar. So, jika ada sesiapa yang berminat memberi sumbangan/ sedekah untuk pembinaan bangunan baru itu, amatlah di alu-alukan. Kepada pengguna talian maxis, tak perlu pening kepala lagi bila berada dikawasan perumahan ni, kerana bulan depan, sebuah tower pemancar akan didirikan didlm kawasan surau dan secara tak langsung akan memberi hasil kpd persatuan penduduk/surau.
Selepas sempurna menunaikan sembahyang raya, majlis makan pula diadakan (Pot Luck)..Seronok budak budak..Pas tu kami pergi ziarah Along Iqhram, kawasan kubur agak sempit kerana kawasan dah hampir penuh. tahun ini merupakan tahun ke 6 kami beraya tanpanya....Tak mengapa, Allah lebih menyayanginya dan Allah maha mengetahui dengan segala dugaan yang diberikan pada kitakan ? Walaupun tiada di mata, tapi Along Iqhram terus mekar hidup didalam hati kami sekeluarga dan kita semua.....(Al Fatihah)
Dengan kerjasama Persatuan Penduduk/Surau Al Ittifaq, hasil dari penyertaan penduduk, pada tahun ini telah berjaya melakukan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu. 2 ekor dah ditumbangkan hari ini walaupun tak ramai tenaga kerja yang hadir (balik raya) dan bakinya sebanyak 9 ekor akan dilakukan di Kemboja melalui kerjasama oleh pihak Jais. 2 wakil persatuan penduduk/surau akan diterbangkan ke Kemboja besok untuk menyempurnakannya. Tu lah pasal, kalau tengok gambar kat atas, Angah dan Yami sedang sibuk berkemas pakaian yang akan disedekahkan pada penduduk disana. Syukur, kami telah berjaya mengumpulkan 12 kotak besar pakaian.
Akhir kata, salam sayang salam rindu dari kami sekelurga buat semua. Jauh di mata tapi dekat di hati selalu....Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin dari kami sekeluarga.




alfatihah to iqhram.
ReplyDeletesalam aidiladha dr rantau to pokjang n family,miss u all :)