




Hari terakhir sesi persekolahan 2009 telah diadakan majlis Anugerah Cemerlang utk SK Wangsa Maju Zon R10 termasuk pelajar yang mendapat 5A didalam UPSR. Setakat ini, keputusan UPSR masih belum dapat mengatasi batch Yami (2007) dimana pd tahun tersebut seramai 38 pelajar telah mendapat 5A sedangkan tahun ini telah mencatat penurunan dan hanya 17 orang shj yg berjaya. Pada tahun 2007, SKWMZR10 merupakan tahun cemerlang kpd sekolah tersebut dimana banyak pencapaian telah dicapai dari segi akademik dan juga sukan. Pasukan Hoki sekolah merupakan anak emas kpd pihak sekolah kerana banyak menjadi Johan dalam setiap penyertaan. Yami salah seorang daripadanya.
Berbalik kpd cerita Kak Adik yang kami sekeluarga gelarkan "Perajin Makan dan Perajin Tidur" telah menerima 2 Anugerah Cemerlang ( Peningkatan Terbaik Dalam Kelas dan Keputusan Terbaik Subjek Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk seluruh kelas ).
Tahniah Adik, tahun depan kena belajar lebih kuat dan rajin lagi...Nanti boleh dapat result yg best ye...Luv U
rgds.Pak Ngah




No comments:
Post a Comment