Subscribe to updates

Duit Free

Thursday, September 16, 2010

Raya 2010
























~ARLENE~cehh da pndai buat post haha!
Tinggi sungguh terbang Rajawali,
Bintang di langit yang dicari,
Manusia di pagi Raya juga mencari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari
Salam Aidil Fitri from me.
Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, January 30, 2010

1st Posting 2010

Salam buat semua,

Tanpa kita sedari, dah hampir sebulan nampaknya kita dah masuk ke tahun 2010..Alhamdullillah nampaknya tahun 2010 ni bermula dengan baik, perniagaan semakin baik dan rezeki juga semakin bertambah. Syukur pd Allah swt diatas rahmat, berkat dan keredaan yang dikurniakannya pada kami sekeluarga.

Dah lama sebenarnya tak buat posting kat blog ni..Nampaknya kita semua banyak menggunakan FB utk berkomunikasi. Dalam diam, kita semua semakin rapat dari hari kesehari walaupun saling berjauhan..Ianya sesuatu yang baik buat kita semua kan ?

Tak ada idea sangat apa yang nak ditulis malam ni, cuma dah lama sangat blog ni terbiar, so elok lah rasanya dibuat sedikit update dan diharapkan sekali sekala tu jengok jengoklah blog ni ya...

So, rasanya setakat ni lah saje buat kali ini..Jumpa lagi dilain kali..

"JAUH DI MATA TETAPI SELALU DEKAT DIHATI"

rgds.Pak Ngah

Saturday, December 5, 2009

Penangan Hujan Lebat








Beginilah selalunya berlaku bila hujan lebat beberapa hari di Merantau Inn. Tahap paling tinggi yang pernah berlaku disini, Paras Pinggang bila berdiri di atas jambatan....Selalunya bila musim hujan, bot fiber akan digunakan untuk menyeberang kesebelah bilik dipantai coz kalau nak mengharung air sungai tu, memang hilang akal lah, air deras dan pernah satu masa dulu, Pak Ngah tahan pukat ditepi jambatan tu, tersangkut sepasang ular "Katam Tebu lebih kurang 18 kaki panjang". Pastu tak berani tahan pukat lagi ditengah tengah sungai...

Gambar kat atas sekali sebelum air naik...Tinggi tak ?

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji 2009






















Sebahagian dari aktiviti kami sekeluarga menyambut raya haji tahun ini. Tak banyak yang dapat dilakukan, ye lah jauh dari keluarga tapi kami cuba hidupkan juga suasana raya untuk anak anak.

Alhamdullillah, kami sekeluarga dapat menunaikan sembahyang raya di surau depan rumah (Al Ittifaq). Bersembahyang dalam keadaan yang sangat selesa kerana surau tersebut telah di sponsor oleh seorang hamba Allah dengan 4 unit aircond. Syukur juga kepada Allah swt kerana surau tersebut telah disahkan tarafnya oleh pihak JAIS. Insyaallah seawal tahun depan akan didirikan sebuah bangunan baru ( 2 tingkat ) untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dan juga mengadakan kelas bimbingan agama untuk penduduk sekitar. So, jika ada sesiapa yang berminat memberi sumbangan/ sedekah untuk pembinaan bangunan baru itu, amatlah di alu-alukan. Kepada pengguna talian maxis, tak perlu pening kepala lagi bila berada dikawasan perumahan ni, kerana bulan depan, sebuah tower pemancar akan didirikan didlm kawasan surau dan secara tak langsung akan memberi hasil kpd persatuan penduduk/surau.

Selepas sempurna menunaikan sembahyang raya, majlis makan pula diadakan (Pot Luck)..Seronok budak budak..Pas tu kami pergi ziarah Along Iqhram, kawasan kubur agak sempit kerana kawasan dah hampir penuh. tahun ini merupakan tahun ke 6 kami beraya tanpanya....Tak mengapa, Allah lebih menyayanginya dan Allah maha mengetahui dengan segala dugaan yang diberikan pada kitakan ? Walaupun tiada di mata, tapi Along Iqhram terus mekar hidup didalam hati kami sekeluarga dan kita semua.....(Al Fatihah)

Dengan kerjasama Persatuan Penduduk/Surau Al Ittifaq, hasil dari penyertaan penduduk, pada tahun ini telah berjaya melakukan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu. 2 ekor dah ditumbangkan hari ini walaupun tak ramai tenaga kerja yang hadir (balik raya) dan bakinya sebanyak 9 ekor akan dilakukan di Kemboja melalui kerjasama oleh pihak Jais. 2 wakil persatuan penduduk/surau akan diterbangkan ke Kemboja besok untuk menyempurnakannya. Tu lah pasal, kalau tengok gambar kat atas, Angah dan Yami sedang sibuk berkemas pakaian yang akan disedekahkan pada penduduk disana. Syukur, kami telah berjaya mengumpulkan 12 kotak besar pakaian.

Akhir kata, salam sayang salam rindu dari kami sekelurga buat semua. Jauh di mata tapi dekat di hati selalu....Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Majlis Doa Selamat 2009 (SPM)







Setelah selesai dengan majlis Anugerah Cemerlang Kakak Adik, sebelah malamnya kami mengadakan pula majlis doa selamat di rumak Kak Nita untuk Kiki, Naqi dan rakan rakan yang mengambil SPM pd tahun ini. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan ramai parents yang hadir untuk sama sama membaca Yassin dan mendoakan kejayaan mereka semua. Semoga Allah swt memberkati majlis tersebut...Amin

rgds.Pak Ngah