Subscribe to updates

Duit Free

Saturday, December 5, 2009

Penangan Hujan Lebat








Beginilah selalunya berlaku bila hujan lebat beberapa hari di Merantau Inn. Tahap paling tinggi yang pernah berlaku disini, Paras Pinggang bila berdiri di atas jambatan....Selalunya bila musim hujan, bot fiber akan digunakan untuk menyeberang kesebelah bilik dipantai coz kalau nak mengharung air sungai tu, memang hilang akal lah, air deras dan pernah satu masa dulu, Pak Ngah tahan pukat ditepi jambatan tu, tersangkut sepasang ular "Katam Tebu lebih kurang 18 kaki panjang". Pastu tak berani tahan pukat lagi ditengah tengah sungai...

Gambar kat atas sekali sebelum air naik...Tinggi tak ?

Sunday, November 29, 2009

Raya Haji 2009






















Sebahagian dari aktiviti kami sekeluarga menyambut raya haji tahun ini. Tak banyak yang dapat dilakukan, ye lah jauh dari keluarga tapi kami cuba hidupkan juga suasana raya untuk anak anak.

Alhamdullillah, kami sekeluarga dapat menunaikan sembahyang raya di surau depan rumah (Al Ittifaq). Bersembahyang dalam keadaan yang sangat selesa kerana surau tersebut telah di sponsor oleh seorang hamba Allah dengan 4 unit aircond. Syukur juga kepada Allah swt kerana surau tersebut telah disahkan tarafnya oleh pihak JAIS. Insyaallah seawal tahun depan akan didirikan sebuah bangunan baru ( 2 tingkat ) untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dan juga mengadakan kelas bimbingan agama untuk penduduk sekitar. So, jika ada sesiapa yang berminat memberi sumbangan/ sedekah untuk pembinaan bangunan baru itu, amatlah di alu-alukan. Kepada pengguna talian maxis, tak perlu pening kepala lagi bila berada dikawasan perumahan ni, kerana bulan depan, sebuah tower pemancar akan didirikan didlm kawasan surau dan secara tak langsung akan memberi hasil kpd persatuan penduduk/surau.

Selepas sempurna menunaikan sembahyang raya, majlis makan pula diadakan (Pot Luck)..Seronok budak budak..Pas tu kami pergi ziarah Along Iqhram, kawasan kubur agak sempit kerana kawasan dah hampir penuh. tahun ini merupakan tahun ke 6 kami beraya tanpanya....Tak mengapa, Allah lebih menyayanginya dan Allah maha mengetahui dengan segala dugaan yang diberikan pada kitakan ? Walaupun tiada di mata, tapi Along Iqhram terus mekar hidup didalam hati kami sekeluarga dan kita semua.....(Al Fatihah)

Dengan kerjasama Persatuan Penduduk/Surau Al Ittifaq, hasil dari penyertaan penduduk, pada tahun ini telah berjaya melakukan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu. 2 ekor dah ditumbangkan hari ini walaupun tak ramai tenaga kerja yang hadir (balik raya) dan bakinya sebanyak 9 ekor akan dilakukan di Kemboja melalui kerjasama oleh pihak Jais. 2 wakil persatuan penduduk/surau akan diterbangkan ke Kemboja besok untuk menyempurnakannya. Tu lah pasal, kalau tengok gambar kat atas, Angah dan Yami sedang sibuk berkemas pakaian yang akan disedekahkan pada penduduk disana. Syukur, kami telah berjaya mengumpulkan 12 kotak besar pakaian.

Akhir kata, salam sayang salam rindu dari kami sekelurga buat semua. Jauh di mata tapi dekat di hati selalu....Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Majlis Doa Selamat 2009 (SPM)







Setelah selesai dengan majlis Anugerah Cemerlang Kakak Adik, sebelah malamnya kami mengadakan pula majlis doa selamat di rumak Kak Nita untuk Kiki, Naqi dan rakan rakan yang mengambil SPM pd tahun ini. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan ramai parents yang hadir untuk sama sama membaca Yassin dan mendoakan kejayaan mereka semua. Semoga Allah swt memberkati majlis tersebut...Amin

rgds.Pak Ngah

Anugerah Cemerlang 2009








Hari terakhir sesi persekolahan 2009 telah diadakan majlis Anugerah Cemerlang utk SK Wangsa Maju Zon R10 termasuk pelajar yang mendapat 5A didalam UPSR. Setakat ini, keputusan UPSR masih belum dapat mengatasi batch Yami (2007) dimana pd tahun tersebut seramai 38 pelajar telah mendapat 5A sedangkan tahun ini telah mencatat penurunan dan hanya 17 orang shj yg berjaya. Pada tahun 2007, SKWMZR10 merupakan tahun cemerlang kpd sekolah tersebut dimana banyak pencapaian telah dicapai dari segi akademik dan juga sukan. Pasukan Hoki sekolah merupakan anak emas kpd pihak sekolah kerana banyak menjadi Johan dalam setiap penyertaan. Yami salah seorang daripadanya.

Berbalik kpd cerita Kak Adik yang kami sekeluarga gelarkan "Perajin Makan dan Perajin Tidur" telah menerima 2 Anugerah Cemerlang ( Peningkatan Terbaik Dalam Kelas dan Keputusan Terbaik Subjek Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk seluruh kelas ).

Tahniah Adik, tahun depan kena belajar lebih kuat dan rajin lagi...Nanti boleh dapat result yg best ye...Luv U

rgds.Pak Ngah

Monday, November 16, 2009

Selamat Hari Raya Haji

Salam buat semua,

Mungkin agak awal, tapi dah tak sabar nak ucap pada semua orang. Bukan apa, sebab sedih dok leh balik raya haji ni. Nak kena jadi abah dan ibu mithali...Kiki SPM, so kena bagi moral support lah kat dia. Camne pun terima lah sajak yang penuh syahdu ini sebagai pengganti dari kami sekeluarga...eheeekkk....eheeekkk....eheeekkk

rgds.Pak Ngah and family



Sunday, November 1, 2009

Kiki Graduation Day











Graduation Kiki telah berlangsung di Dewan Teknik ERT (Ekonomi Rumahtangga Setapak) pd 30/10/2009. Cuma sebahagian shj gambar yg di upload memandangkan yg lain lain belum ada dlm simpanan. Payah jugak ye bersekolah di Aliran ERT ni, ramai sgt awek. Tu lah pasal Kiki macam tak reti nak ambik gambar dia sorang sorang. Tapi jgn salah sangka ye...yg berbaju dan bertudung purple tu cikgu dia...macam student gakkk...

Pasangan Ideal

Masa Dulu Dulu





Mane satu yg cute ????

Dua-dua cute lah...Ini gambar Angah (atas) dan Achik (bawah) masa kecil...

Jais Family





Cute nyeer gambar ni...

Saturday, October 31, 2009

Resepi Masakan Dr Saji Online

Klik kat link sini jika ingin dapatkan resepi masakan yang best best. Daftar sebagai ahli (free) dan dptkan ebook resepi pun free gak....YUmm..yummm....yumm

http://www.sajionline.com.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

Wednesday, October 28, 2009

D90/Photo Gallery

Nak upload gambar, guna tajuk/label spt kat bawah tu...( labels For this Post ).
Hanya utk gambar saje yee...

tq.

Announcement

Salam buat semua,

Pada yang nak buat posting, sila buat posting mengikut label yang dah sedia ada atau jika ada new category, boleh create yg baru..Dgn buat begitu, tak banyak sangat label posting kat ruangan label.

ex : cam cunee buat....(posting dari dubai) yang di tagging di labels for this post atau boleh gunakan label/nama sendiri..So everytime buat posting, gunakan label tersebut...

atau Pak Ngah akan buat label mengikut posting yang berkaitan

ex: raya,birthday dsbnye

bye

rgds.nizam

p/s: Boleh faham ke apa yang Pak Ngah bagi tau nie...coz Pak Ngah sendiri pun macam tak paham gak....haa..haaa...haaa

Sunday, October 25, 2009

Happy Birthday Uncle Lotti..





Salam Uncle Lotti & Cunee

Happy Birthday To you, Happy Birthday To You
Happy Birthday To Uncle Lotti

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

Semoga Allah swt panjangkan umur, murah rezeki dan diberkati selalu...Amin

Luv...Pak Ngah, Angah and family.

p/s : Saja masukkan video ni...manalah tahu kut kut ada orang nak slow dance pas dengar lagu ni....Romantic tuuu.....Jelesss...jelesss

Saturday, October 24, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Persidangan UMNO 2009



Sebahagian dari gambar sepanjang Persidangan Umno 2009. Tahun nie, tak ramai yang hadir coz tiada pemilihan. So kurang masyuk lah sikit. Camne pun jualan roti laju mencanak gak. Angah tersenyum lebar bersama kawan lama yang dah sukses giler sekarang, founder Natasha Cosmetic, Datin Munirah (kita org panggil Kak Munirah je)..Masih jugak humble cam dulu. Pak Ngah doakan semoga Angah pun akan menjadi salah seorang wanita niaga yang berjaya dan hebat. Sama sama kita doakan semoga Angah akan mencapai impiannya...Amin

p/s kalau nak tengok suasana peniaga di PWTC semasa persidangan, masuk Youtube. Title :jaisfamily989-Persidangan Umno 2009