Subscribe to updates

Duit Free

Sunday, October 4, 2009

Bercuti Raya Dah Habis

"Motocross Practice"

Ini adalah koleksi gambar terakhir kami bercuti raya 2009. Gegirl sempat lagi berposing di kolam ikan Pak Long sebelum balik. Dalam perjalanan pulang ke KL, kami singgah sekejap di Batu Pahat berjumpa kawan lama . Dia ni tokey baju branded kat sana. banyak jugak kami memborong, kira-kira buat balik satu plastik beg besar utk kami sekeluarga. tahun ni tak payah beli baju dah nampaknya.

Selepas selesai di Batu Pahat, kami sempat singgah di Ayer Hitam untuk berjumpa Pok Nik Extreme. Kami lepak bersama jap utk tengok orang practice motorcross. Pas tu teruskan kembali perjalanan kami ke KL. Kami bertolak dr Ayer Hitam pd pukul 730pm dan singgah untuk dinner di plaza rehat Pagoh. Kami selamat sampai ke rumah tepat jam 10.45mlm. Alhamdulillah semuanya selamat disepanjang perjalanan kami.

Insyaallah, jika diizinkan Allah swt, kami akan pulang lagi utk raya haji dan mungkin perjalanan kami sehingga ke Kota Bharu kerana Pakcik dan Mak Ane nak adakan majlis jamuan kahwin utk Narina. kahwinnya dah, kenduri belum lagi. Jika tak balik masa tu, kami akan pulang jugak ke Terengganu selepas Kiki tamatkan SPM kerana nak adakan majlis tahlil, doa selamat di Merantau Inn...

Salam rindu dan sayang dari kami sekeluarga buat semua. Semoga kehidupan kita semua dirahmati oleh Allah swt. Amin

rgds.pak ngah macho

No comments:

Post a Comment