Bagaimana agaknya dengan persiapan raya ? Kami telah pun berkemas semua barang - barang untuk pulang berhari raya semalam, so malam ini relax lah sikit. Persiapan raya kami sekeluarga hanya secara ala kadar aje. Yang ter over seronoknya hanya anak anak lah. Gegirl dah tak sabar sabar nak balik berhari raya untuk berjumpa dengan sanak saudara dan kaum keluarga. Itulah yang teramat penting bagi kami semua. Ber-imaginasi dah sejak beberapa hari yang lalu tentang keseronokan berkumpul dan makan ramai-ramai.
Mengikut perancangan, kami akan bertolak pulang ke Terengganu selepas berbuka puasa malam besok (Jumaat). Tahun ini kami benar benar pulang berhari raya sekeluarga sebab Bibik dah tak ada. Terasa seronok pulak coz lebih privacy. Hari Raya pertama akan disambut di rumah Papa dan sebelah petang kami akan beraya di Kelulut pula. Kami akan bermalam disana untuk satu malam dan ke esokkan petangnya akan pulang ke rumah papa kembali. Bermalam lagi mungkin sehari dua, pas tu slowly balik ke KL. Kami mungkin akan bermalam satu malam di Merantau Inn dan kemudian ke Kemaman pulak. Kat kemaman tak tahu lagi samada akan stay semalam dua kat rumah Acik atau pun kalau ada lebih budget, mungkin stay kat Impiana Resort. Perkara ini dah kami lakukan hampir 3 tahun dah...So kalau ada sesiapa nak join, jomlahh...
Akhir kata, kami memohon maaf sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa atau ada kesilapan yang telah kami sekeluarga lakukan tanpa sedari. Mohonkan keselamatan perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik.
Dah tak sabar rasanya untuk berjumpa....nanti kita jumpa yee....
rgds. Pak Ngah, Angah, Kiki, Yami, Arlene, Airene & Alisyya
(Al Fatihah Untuk Along Iqhram - Semoga rohnya aman tenteram dan dirahmati Allah swt selalu hendaknya)
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"




No comments:
Post a Comment