Subscribe to updates

Duit Free

Tuesday, September 22, 2009

Birthday Ereef And Arlene


Berbagai aktiviti dan makanan yang semuanya best best belaka hari ni. Bermula dari brekfast dgn nasi minyak, lunch dan makan petang dgn KFC, Ikan Bakar ngan air asam, Tu'pat Sotong, Kek dan Root Beer Float. Ikan fresh kami perolehi dari Abang Joe yang baru balik ngail kat laut. Ada ikan Pari, Kar'cie, Ger'ruk dan berbagai lagi. Malam pulak dinner Nasi ngan gulai Ikan...Petang tadi, kami kidnappped buah mempelam, limau kasturi dan nangka rumah sebelah...Bukan kidnapped daaaaa, owner rumah dah bagi permission utk kami ambil coz kalau tak nanti buah-buah tu buruk je nanti. Kat rumah pun , pokok limau purut berbuah lebat. Apalagi...kutiplah untuk buat mandi, nanti badan boleh segar...(Petua Awet Muda ni) haa...haa..haa

So, rasanya cukuplah dulu posting utk hari ni, nanti besok jika ada masa upload lagi...Aktiviti besok, beraya di Telipot, Belada dan rumah K Muji. Petangnya pula kerumah Abg Fauzi coz dia dan Sabaruddin Tukang Kasut buat majlis hari raya unuk kaum keluarga...Tak sabar nak memancing kat kolam rumah dia. Besok malam Pak Ngah & family akan tidur di Merantau Inn pula. Khamis pagi nak mandi laut, tunggang kuda dan tangkap ikan kat kolam, ber BBQ lagi tengahari tu...Malamnya nak kerumah Acik pulak. Baru sebentar tadi Acik & Family dah balik Kemaman coz besok Acik dah mula kerja. Anak anak sempat berperang jap tadi kat luar rumah (Water Ballon War) ... Basah kuyup semuanya....Sharafie tak leh jalan, duduk je kat kerusi...so apalagi...dia lah sasaran paling best...

Ok lah...dah penat...nak tidooooo...Guk Nike

rgds.Pak Ngah


Note : Jangan lupa bukak Youtube kat Video Bar kalau nak tengok
video kami berhari raya....

No comments:

Post a Comment