Subscribe to updates

Duit Free

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Fr Keramat

Salam buat semua. Tersentuh giler rasa hati ni dengar keluhan dari orang diperantauan. Tuuu lahh..duduk jauh jauh sangat.

Hari ini hari pertama berpuasa. Nak kejutkan anak anak untuk bersahur pagi tadi, macam susahlah jugak. Mak ngan ayah dia orang pun sama je, terkebil-kebil biji mata nak bangun sahur. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar spt diharapkan.

Berbuka puasa di Puchong bersama-sama family Uteh dan Gdah Maghrib tadi. Meriah bukan main. Riuh rendah suasana. Menu pun ... waahhh... ada nasi dagang Mek Bedah yg diimpot khas dari Bt 6, Trg, masal lemak rebung dan daging bakar cili api, gulai tempoyak ikan patin sungai original punyee, kuih bakar, ayam masak kicap dan banyak lagi kalau nak tulis kat sini. Mahu tak muat screen nanti..

Anyway, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA" Semoga kita semua di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjang kan umur serta diberkati dan dirahmati olleh Allah swt hendaknya. Amin

No comments:

Post a Comment