Subscribe to updates

Duit Free

Monday, August 31, 2009

Bukak Puasa Rumah Kak Jah











Semalam (30/08/09) Kak jah dan Abang Lee telah mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman mereka di Subang Jaya. Ramai kaum keluarga kedua dua pihak Ayah Chik dan Achik) telah sudi menghadirkan diri. berbagai juadah disediakan dan yang paling best Nasi Beriani dan Tepung Pelita. majlis telah disempurnakan dengan solat Maghrib , Isyak dan Terawih berjemaah. Tahniah kepada Diana (anak Kak Jah) kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Ireland.....Semoga suksessss.................

Our beloved Grandpa





Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas rahmat yang telah diberikannya. Sesuatu yang pasti " Papa is the greatest dad in the world. We all luv u so much "


Yami Manja





Camnilah keadaannyee bila dah tido...Tunggu lama gak nak ambil gambar air liur basi meleleh...tapi tak ada rezeki nampaknya...Semua ni geng geng tak tido sampai pagi bila dah jumpa internet....



"Happy Birthday Balqis"



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 52 buat semua.

Thursday, August 27, 2009

Papa - Angiogram

Alhamdullillah syukur pd Allah swt kerana papa dah selamat menjalankan pembedahan seperti yang dirancang. Semoga Papa dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati nya sepanjang masa. Kami anak cucu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan "Grandpa Dan Nenek " dunia akhirat....Amin





Picnic Tepi Kolam





Menu canggih....Nasi Kerabu



Hari Wanita 2009





Salam,

Hari Wanita 2009 telah diadakan di KLCC Convention Centre pd 25/8/09 . Tak tahu lah camne tahun ini sambutan dibuat pd bulan puasa. Nasib baik buat kat klcc , tempat teduh dan aircond sejuk giler. Kalau macam biasa buat outdoor, mahu berbuka puasa dibuat nyeee.

Berbagai aktiviti berlangsung. Antaranya program jualan oleh kaum wanita, berbuka puasa dan solat terawih bersama PM. Majlis dirasmikan oleh PM. Tengok tengoklah gambar kat bawah tu...

Angah tersengih giler bila Rosmah, Datuk Sharizat, Mahathir Lokman dan Tengku Muliani (Anakanda Sultan Pahang) dah beli roti. Apalagi....posing maut lah... Dalam saya duk menaip ni( 2 hari lepas program tersebut), Angah call...ada order dari PM. Malam ini 8pm, PA dia akan datang rumah ambil roti...semua jenis nak sedozen...Alhamdullillah...rezeki bulan puasa untuk anak anak.


rgds.

Pak Ngah

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Fr Keramat

Salam buat semua. Tersentuh giler rasa hati ni dengar keluhan dari orang diperantauan. Tuuu lahh..duduk jauh jauh sangat.

Hari ini hari pertama berpuasa. Nak kejutkan anak anak untuk bersahur pagi tadi, macam susahlah jugak. Mak ngan ayah dia orang pun sama je, terkebil-kebil biji mata nak bangun sahur. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar spt diharapkan.

Berbuka puasa di Puchong bersama-sama family Uteh dan Gdah Maghrib tadi. Meriah bukan main. Riuh rendah suasana. Menu pun ... waahhh... ada nasi dagang Mek Bedah yg diimpot khas dari Bt 6, Trg, masal lemak rebung dan daging bakar cili api, gulai tempoyak ikan patin sungai original punyee, kuih bakar, ayam masak kicap dan banyak lagi kalau nak tulis kat sini. Mahu tak muat screen nanti..

Anyway, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA" Semoga kita semua di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjang kan umur serta diberkati dan dirahmati olleh Allah swt hendaknya. Amin

RAMADHAN 2009

Salam buat semua dari kami yang jauh di perantauan. semoga hanya jauh di mata bukan jauh di hati. hehehehehe...sebenarnya tengah sedih ni. plan awal sebenarnya untuk berpuasa di Malaysia selama beberapa hari. tetepi di sebabkan keadaan yang tidak mengizinkan maka bermulalah saya berpuasa di sini.

tambah sedih hari bermula puasa,cuma saya dengan anak2 je. suami tercinta terbang bekerja mencari rezeki yang halal.sobsobsobsob....hari ni,seperti yang saya berimaginasi,penduduk Malaysia semestinya tengah seronok berbelanja di bazaar ramadhan. dengan segala macam juadah yang ada,memang akan menggugat keimanan. kami di sini tak de masak apa2 yg best pon. anak2 dah mintak nak buat pizza ari ni. so pizza dough dah di keluarkan dari freezer,tunggu pukul 5.30ptg br masuk dapur,biar bebudak buat pizza diorang.

puasa baru masuk hari pertama tapi hati dah sayu menyanyi lagu-lagu raya. terutama lagu sudirman, huuuuuwwwwaaaaa.....

tapi takpe,tabahkan hati. megikut perkiraan kami.untuk 8 tahun akan datang,ramadhan dan raya akan kami sambut di tanah Malaya,insyaAllah. jadi bersabarlah wahai hatiku...

untuk kaum keluarga di sana,selamat menjalni ibadah puasa,semoga mendapat keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini. di saat menikmati juadah yang sedap tu,ingatlah adinda di sini...sobsobsobsob.......

salam teramat sayang dari kami di perantauan..

Tuesday, August 11, 2009

Mukadimah

Assalamualaikum wbt buat semua,

Apakhabar ? Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Ok lah...tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara kita semua. Sape sape je boleh update blog ini. Masukkan gambar, article atau ape ape je lah yang patut. Selamat berblog buat semua...

Salam

Nizam sekeluarga.