Subscribe to updates

Duit Free

Tuesday, September 29, 2009

Birthday Nadim (10 tahun)


"nadim video - 1"



Beberapa gambar sambutan birthday Nadim yang ke 10 tahun. Sambutan dirancang pada saat akhir, so kelam kabutlah sikit. Camne pun majlis meriah giler...Majlis di tutup ngan acara water ballon war...Pak Ngah telah berjaya memandikan Mak Long yang dah 4 hari tak mandi.....Haa..haa...haaa

rgds. Pak Ngah
Note : more video Birthday Nadim di upload ke Youtube.com

Lepak Di Merantau Inn



Penatnya Pak Ngah nak siapkan posting ni...Gambar banyak sangat. nak buat adjusment gambar, banyak kerja giler...Tapi tak apa, demi tatapan semua, aku gagahi jua diri ini...eeewaaahhh...

Kami ke Merantau Inn pada hari raya keempat . Pak Ngah tiba lebih dahulu dari Uncle Jaizan dan kami tiba disana dah agak lewat malam. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu. So, malam tu, bila dah sampai sana, tak ada apa aktiviti dibuat sebab kami dah terlampau penat. maklumlah , banyak sangat majlis hari raya dan sibuk beraya sakan lah katakannn....ha...ha...ha...Yeeeeeeeeeiiiii....Bestnyeer raya di Terengganu...

Keesokan paginya , aktiviti kami bermula seawal 6.30am. Melepak di pantai melihat matahari naik....waaahhh...kuasa Allah swt....cantik nya.....Cerah tanah jee....apalagi....bedebiccchsss...berendam kat dalam air...Dah puas berendam hampir 2 jam lamanya, kami pun naik ke atas dan ke kolam ikan Pok Jed pulak. Buat masa ni, yang ada dlm kolam cuma talapia merah saje...Sebelum ni ada siakap dan keli, tapi dah habis dijual. Kolam tu cuma tak sampai 100 meter dari bilik kami semua. Nak tangkap ikan dalam kolam tanpa keringkan air ni, adventure jugak. Budak budak tu ambil masa hampir sejam nak menangkapnya dan cuma dapat tangkap 4 ekor jee...Nak keringkan air kolam, nanti banyak kerja pulak coz nanti nak kena pum balik air dan control PH air. Silap haribulan nanti, kojoooll pulak ikan kat dlm tu...Dah berjaya ditangkap, Kiki, Yami dan Emeel pergi kepantai untuk menyiang ikan tu dan kononnya nak bagi best bila bakar nanti, basuh je ngan air laut.....Nak dijadikan cerita...punyalah kelakar bebudak tu...ikan yg ditangkap berenang lari, tak mati pun bila terendam dalam air masin.....Rupa-rupanya ikan talapia tu jenis "talapia air masin "...mane boleh ko dlm air masin, apalagi .... kejar lah dan nasib baik boleh tangkap balik. Pok Jed gelak giler kat budak budak tu...dia terlupa nak bagi tahu...dah siap dibersihkan, bara api dah menunggu kat atas...bakar terus...rasa talapia air masin tak sama dgn talapia yg dibela dikolam air tawar. Dagingnya manis dan tak hanyir...

Dah selesai bakar ikan dan makan tengahari ( Menu special dari Cik Ogy " Wife Pok Jed" - Pok Jed tu abang Pak Ngah - Nasi lemak sambal udang dan ikan bilis resepi Batu Pahat) kami semua dah penat dan melepak je kat kerusi bawah pokok kelapa dan rhu ditepi pantai tu. Budak budak teruskan aktiviti mereka bermain pasir, main bola, main masak-masak dan jadi doktor celup. Uncle Jaizan mengambil kesempatan me massage dan memanjakan dirinya dgn seorang tua dari Kg Kuala Abang (Ayah Kob). Mengurut selama dua jam seluruh badan...comment dari Uncle Jaizan....Best Giler, semua urat tersimpul dibetulkan balik , sakit sikit tapi badan terasa ringan. So pada Uncle - uncle yang dah bermasalah tu, boleh lah cuba yee. Minta maaf pd auntie-auntie semua coz Ayah Kob hanya urut lelaki sahaja...Huaaaaaaaaaaaa .....Tapi jangan risau...sebab Ayah Kob dah janji, jika datang ke Merantau Inn lagi lain kali...dia akan cari makcik urut perempuan lakkk...Nanti tak balance katanya...Kaum lelaki je yang sihattt....

Sebelah petang, aktiviti disambung lagi dengan menunggang kuda dan mandi laut. Dalam kami bermain kuda sambil mandi laut, hujan lebat lah pulak...Budak budak tu siap mandi laut dan main bola dalam hujan lebat. Bukan senang yee nak dapat peluang camtu...

Malamnya aktiviti disambung lagi dgn BBQ yg disiapkan oleh Pok Jed sekeluarga. Senang cite, semua makan minum kami disediakan oleh mereka. Breakfast, lunch & dinner. masakan Cik Ogy memang best....Kekeyangan kami dibuatnya.

So selepas selesai BBQ, Uncle Jaizan and family bertolak balik ke rumah Grandpa. Dah lewat malam...dalam pukul 12.30am. Pak Ngah and family masih lagi bermalam di Merantau Inn kerana besoknya kami nak ke rumah Acik di Kemaman pulokk...Pastuuuu nak ke Johor lakkk....Amboiii beraya nya kami sekeluarga..



"SUGGESTION FROM UNCLE JAIZAN"


RAYA NEXT YEAR , KITA BUAT FAMILY GATHERING


KAT MERANTAU INN


DAN KITA AMBIL SEMUA BILIK KAT PANTAI


CAMNE ??? SETUJUUUUUU ?????



Penutup bicara, kami memang enjoy giler balik raya tahun ni....


Jangan Jelesssssssss............

Terimakasih banyak banyak pd Pok Jed & Auntie Ogy sekeluarga di atas layanan 10 ****** pd kami semua. Insyallah jika panjang umur dan ada rezeki, melepak lagi disana tahun depan....Pak Ngah dah plan dalam kepala ni....tahun depan nak pergi memancing kat unjang ikan depan Merantau Inn....Tahun ni tak boleh buat....bot tak ada....tengok jelah pelampung unjang tu....soobb....sooobb...soob

rgds. Pak Ngah

Next Posting......Birthday Nadim